Permainan Jala Itik
Apakhabar semua...pernah tak main jala itik? Ha.... pada yang tak tahu bolehlah ajar anak murid main permainan ini. Senang sahaja.....
Minta 2 orang kanak-kanak membuat perangkap (jala) seperti gambar di atas. Sementara kawan-kawan yang lain berjalan dibawahnya sambil menyanyi lagu ini....
Jan-jan jala, jala itik , jala ayam,
Berapa lubang kancil ,
Seratus lima puluh ,
Singgah Cik Dayang singgah ,
Makan sirih mulutnya merah .
Selesai lagu ini, 2 orang kanak-kanak akan menjatuhkan tangan dan menangkap sesiapa yang berada di jala tersebut. 2 kanak-kanak akan memujuk dan minta kanak-kanak yang ditangkap memilih hendak duduk dibelakang siapa. Apabila selesai kumpulan yang ramai kanak-kanak dibelakangnya dikira menang......Selamat mencuba......
No comments:
Post a Comment