SEJARAH PENUBUHAN TABIKA KEMAS BALAI POLIS SLIM RIVER
Askm.. Sejarah penubuhan Tabika KEMAS Balai Polis ini bermula pada awal tahun 80an. Ianya di buka bagi memberikan pendidikan awal kepada anak-anak pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Slim River dan tinggal di kawasan balai atau berhampiran. Ini kerana kerajaan memandang berat akan kepentingan pendidikan kepada masyarakat dan ianya perlulah diajar dari peringkat awal lagi.
Pihak KEMAS telah membuka dua kelas iaitu Tabika KEMAS Balai Polis 1 dan Tabika KEMAS Balai Polis 2 yang terletak di Blok B, Flat Balai Polis Slim River. Guru yang mengajar pada masa tersebut silih berganti dari Puan Badariah, Puan Zainalni, Puan Safiah, Puan Rosleeza, Puan Sasrulakma, Puan Fauziah dan Puan Norasiah.
Namun pada tahun 2007 kelas ini terpaksa berpindah ke bangunan baru yang terletak di belakang TASKA Permata KEMAS Slim River kerana flat yang menempatkanya akan dibaik pulih. Cuma beroperasi satu kelas sahaja dan kelas yang kedua terpaksa ditutup (sementara) bagi menunggu baikpulih bangunan flat tersebut siap.
Aktiviti Tabika tetap dijalankan seperti biasa dan kanak-kanak yang mendaftar di tabika ini adalah seramai 15 orang.
Susun semula kedudukan gambar agar nampak lebih kemas.
ReplyDeleteOk Terima kasih...
ReplyDelete