Tuesday 19 June 2012

TABIKA KEMAS BALAI POLIS SLIM RIVER

PENGENALAN

Tabika KEMAS Balai Polis Slim River ini mula ditubuhkan khas bagi anak-anak pegawai polis yang tinggal di kuarters polis yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Slim River. Tabika ini menerima kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Anak-anak kecil ini diajar cara membaca, mengira dan juga mengeja. Selain itu, tabika ini selalu menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk menggembirakan anak-anak kecil yang telah dihantar ke sini.