Friday, 27 July 2012

SEPAK BULU AYAM



Permainan Sepak Bulu Ayam

            Apa khabar kawan-kawan, dulu-dulu saya dan adik suka main permainan ni sebab mudah nak buatnya. Jika ayah ada sembelih ayam, kami akan menawarkan khidmat mencabut bulu ayam. He he he bukannya rajin sangat pun tetapi sebab hendakkan bulunya buat alat permainan nanti. Rumah kami banyak basikal jadi banyaklah tiub basikal yang tidak digunakan(rosak). Tiub basikal ini juga saya selalu gunakan untuk hidupkan api dapur kayu untuk panggang ayam tadi. Mmmm sedapnya...:P


OK, berbalik pada cerita asal, nak membuatnya ambil tiub basikal dan gunting menjadi bulatan dengan garis pusatnya kira-kira 4cm. Getah ini digamkan berlapis-lapis supaya tebal. Kemudian sebatang paku pendek di cucuk di tengah-tengahnya. Paku itu berfungsi sebagai pemberat dan sebagai tempat untuk mengikat pangkal bulu-bulu ayam. Ambil 4 atau 5 helai bulu ayam yang keras dan sederhana besarnya. Bulu ayam ini perlu diikat pada paku tersebut. Maka siaplah bulu ayam untuk dimainkan.

 

Bulu ayam perlu di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki dan jika terkena tangan, pemain dikira hilang giliran dan begitu juga jika bulu ayam jatuh ke tanah. Bagaimanapun timbangan yang dibuat selain daripada kaki tidak dikira. Sebelum permainan dimulakan, hak memulakan permainan mesti ditentukan dahulu. Ya kawan-kawan seperti biasa One, Two, Som..

Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bulu ayam tanpa henti atau mati. Timbangan yang paling banyak dapat dilakukan oleh pemain adalah pemenang. Selamat mencuba kawan-kawanku :)

Thursday, 26 July 2012

PERMAINAN BATU SEREMBAN

Permainan Batu Seremban

      Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah dan sekarang ada dijual buah batu seremban yang diperbuat dari kain yang dijahit seperti dibawah.    

               

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dipermukaan yang rata dan bersih dan para pemain hendaklah duduk di atas lantai.
                      


Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu iaitu pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.


Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip dan pemain juga hendaklah menyambut buah ibu sebelum ia jatuh kelantai. Buah yang di ambil hendaklah cepat-cepat digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.



Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

 

Mengutip Mata
Pemain mengutip mata dengan meletak 5 biji batu seremban di tapak tangan dan dilambung ke atas dan cuba menyambut sebanyak mungkin apabila ia jatuh ke belakang tapak tangan. Batu seremban akan dilambung semula ke udara dan digenggam semual ditapak tangan. Mata dikumpul mengikut jumlah batu seremban yang dapat digenggam.

Selepas mengutip mata, pemain kedua pula akan bermain dan mengutip mata. Begitulah seterusnya sehingga semua pemain bermain beberapa pusingan. Pemain yang mendapat mata paling banyak dikira menang. :)

Wednesday, 25 July 2012

PERMAINAN CONGKAK

Permainan Congkak

Apa khabar semua, saya rasa ramai yang pernah bermain congkak sebelum ini kan? Tetapi adakah kawan-kawan tahu bahawa pada zaman dahulu ada yang bermain dengan membuat lubang didalam tanah?. dan buahnya adalah dari batu kecil /biji getah!
                


                                              

Sekarang lebih mudah, kita boleh membeli papan congkak dan guli dikedai sahaja bagi bermain congkak :)
                                 

Clik cara untuk bermain congkak.

 

Potensi Parlimen 2012

Potensi Parlimen 2012

Pada 11/7/2012 beberapa kanak-kanak Tabika ini menyertai pertandingan kompang berformasi dengan bergabung dengan beberapa Tabika yang berhampitan. Selepas ini mereka akan bertanding ke peringkat daerah pula. Usaha anak-anakku... dan tahniah juga pada guru-gurunya. Semoga berjaya....




Comel anak-anakku berbaju siap bersamping.




Wah siap twinkle-twinkle star.




Pukul betul-betul kompang tu ya.




 Siap bergaya lagi.




Amboi-amboi guru kompang siap tepuk tangan lagi.




Angkat tinggi-tinggi lagi.



La..la..la..la...la...
 












 Fuh! Selesai...he he he.
 Tahniah semua :)

Tuesday, 24 July 2012

PERMAINAN TUJU GETAH

Permainan Tuju Getah














Apa khabar kawan-kawan, hari ini saya nak berkongsi pengalaman bermain tuju getah bersama saudara waktu kami kecil dahulu. Permainannya senang sahaja.

1. Setiap permain akan memberikan 5 gelung getah.
2. Getah ini akan di selerakkan di atas lantai seperti gambar di atas.
3. Buat garisan berjauhan daripada getah tersebut dan menentukan giliran pemain dengan sendiri ataupun One Two Som. 





  










4. Pemain pertama cuma perlu membaling getah(lain) agar getah bersebut bertindih dengan getah yang ditaburkan tadi. Jika berjaya getah tersebut akan diambil oleh pemain itu. Pemain pertama akan mengulanginya hingga semua getah dapat diambil.

5. Jika getah tidak bertindih dengan yang lain, ianya akan dibiarkan dilantai dan giliran pemain kedua pula bermain. 
6. Begitulah sehingga semua getah dapat diambil oleh pemain-pemain. Pemain yang mengumpul getal paling banyak dikira pemenang. Selamat mencuba :)

Monday, 23 July 2012

PERMAINAN BALING TIN.

Baling Tin




Apa khabar kawan-kawan, hari ini saya nak berkongsi satu lagi permainan iaitu baling tin atau kami panggil dulu-dulu pongkang tin. Mula-mula perlulah mencari 10 tin kosong dan ianya perlu disusun seperti di atas.







Dengan membaling duit syiling, pemain akan membuat 2 kumpulan iaitu (Kumpulan A) yang akan melontarkan seliper/bola kecil ke arah tin untuk menjatuhkannya dan (Kumpulan B) yang menghalang tin disusun semula.

Selepas tin jatuh, kumpulan A akan menyusun semula tin tersebut seperti asal tetapi perlu diingat, tak semudah itu. Pihak lawan (Kumpulan B) akan cuba menghalang dengan membaling seliper/bola kecil tadi ke arah pemain kumpulan A  dan jika kena salah seorang dari mereka, giliran kumpulan A akan tamat tanpa mendapat sebarang mata. Kumpulan B pula akan memulakan permainan.


 

Namun jika kumpulan A berjaya menyusun tin tersebut seperti asal, mereka akan mendapat 1 mata dan giliran kumpulan B pula jalan/ bermain bagi mendapatkan mata. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak akan menang. Selamat bermain :)


     

Sunday, 22 July 2012

PERMAINAN COLEK LIDI

Permainan  Colek Lidi

Apakhabar, pernah dengar permainan ni tak? Dulu- dulu kami akan pergi ke kebun untuk cari daun kelapa dan ambil lidinya untuk bermain permainan ini. Bila kita dah raut daun kelapa untuk dapatkan lidinya baru kita potong lidi tadi lebih kurang 30cm panjang. Jadi perlulah merautnya dengan banyak kerana kita perlukan lebih kurang 50 batang lidi atau lebih yang berukuran 30cm.

Namun zaman dah berubah bahan untuk bermain pun berubah kerana sekarang kita tak menggunakan lidi untuk permainan ini sebab kita boleh beli batang plastik berwarna warni seperti dibawah.



Walaupun begitu, cara permainannya masih sama. Kita boleh bermain dengan menentukan giliran pemain dengan sendiri ataupun One Two Som.

1. Sediakan lantai yang lapang.
2. Pemain pertama genggam batang lidi dan lepaskan ke lantai.

3. Cuba ambil sebanyak mungkin batang lidi tanpa menggerakkan yang lain.
4. Jika ada batang lidi yang terusik dan bergerak walaupun sedikit, pemain akan hilang giliran.

 
 5. Setiap batang lidi perlu diambil sebatang demi sebatang sehingga semuanya habis diambil tanpa menggerakkan lidi yang lain.


6. Pemain juga boleh menggunakan lidi yang lain bagi membantu / menguis lidi yang ingin diambil seperti gambar diatas.
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan jumlah lidi yang mereka dapat. Yang banyak adalah pemenangnya...he he he selamat mencuba.

                   

Thursday, 19 July 2012

PERMAINAN BOLA MINI


Permainan Bola Mini.


Apakhabar kawan-kawan, saya nak berkongsi pengalaman lagi. Masa saya kecil dulu saya selalu bermain permainan yang kami buat sendiri. Misalnya permainan bola mini ini. Bahan2 yang kami gunakan ialah kotak yang digunting menjadi pemain-pemain dan tiang gol. Kertas timah yang direnyuk menjadi bola.

Seperti di dalam gambar kita boleh menggerakkan bola dengan meletakkan bola dihadapan pemain dan menepuk pemain agar bola bergerak kehadapan.  Pemain cuma boleh menggerakkan bola apabila bola berhenti berhampiran pemain samada sendiri atau lawan. Pihak yang berjaya menjaringkan gol yang banyak dikira sebagai pemenang. Bagi menentukan team yang mana menepuk bola dulu dengan melempar syiling. Selamat mencuba..........

Tuesday, 17 July 2012

PEERMAINAN TUJU GULI

Permainan Tuju Guli

         Permainan ini sangat sesuai bagi kita melatih pergerakan mata tangan anak-anak kita. Kita cuma perlu sediakan guli dan bagi pada mereka dan dulu-dulu kami akan buat bulatan di tanah dan masukkan 5 biji guli seorang. Jadi jika yang mainnya 10 orang akan ada 50 biji guli didalamnya.

   
                                              

Buat garisan permulaan di tanah dan seorang demi seorang akan membaling guli kegarisan tersebut untuk menentukan giliran. Guli yang paling hampir dengan garisan mendapat giliran pertama dan seterusnya kepada yang lain.


Kanak-kanak yang mendapat giliran pertama akan menuju guli dari garisan tersebut menggunakan guli yang lain (Induk).  Jika terkena dan ada guli terkeluar dari bulatan, guli yang terkeluar itu akan jadi milik beliau. Dia akan menuju guli yang lain dari tempat gulinya berhenti tadi.(induk).

Jika guli yang dituju tidak terkeluar dari bulatan. Kanak-kanak yang mendapat giliran ke 2 pula akan menuju guli didalam bulatan. Begitulah seterusnya sehingga habis guli didalam bulatan dikeluarkan. Kadang kal ada pemain yang tidak dapat bermain kerana guli dah habis sebelum gilirannya sampai.....kesiankan.

Monday, 16 July 2012

PERMAINAN KETINTING

                                     
Ketingting

       Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan(buah). Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng, Dua petak – serambi, Satu petak – tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.

     Namun ada juga yang membuat gelanggangnya seperti ini,

 

 Namun permainan ini ada berbagai- bagai cara dan gelanggangnya. Jadi bagi yang berminat untuk mempelajarinya bolehlah melihat dan mencubanya.....:)

Cara-caranya:
                                                                           

Sunday, 15 July 2012

PERMAINAN TARIK UPEH

Permainan Tarik Upeh




       Apakhabar semua, orang dulu-dulu akan mengunakan apa yang ada disekeliling bagi menghiburkan hati. Seperti gambar di atas, mak selalu juga tarik saya dan adik saya masa kami kecik-kecik dulu. Seronok betul................

Kawan-kawan pun boleh minta anak-anak murid untuk cari upeh pinang ni di rumah dan bawa ke TABIKA. Kita boleh bermain bersama-sama dipadangkan?. Tak payah keluarkan modal, yang penting kanak-kanak gembira :)....

Selamat mencuba.

Saturday, 14 July 2012

PERMAINAN ZERO POINT

Permainan Zero Pound.                                  

 






                                           
      Rajah 1                                                              Rajah 2              

            Apakhabar semua, hari ini saya nak berkongsi permainan yang dipanggil zero point. Cara nak mainnya senang mula-mula beli getah dan getah disambung panjang seperti digambar.
 





2 orang akan ditugaskan memegang getah sementara yang lain akan melompat untuk melepasi getah tersebut mengikut beberapa paras yang ditetapkan.

1. Paras lutut.
2. Paras peha.
3. Paras pinggang.
4. Paras ketiak.
5. Paras bahu.
6. Paras telinga.
7. Paras Kepala dan
8. Seperti Rajah 2.

Permainan ini biasanya memihak kepada mereka yang tinggi namun ada juga kanak-kanak yang rendah dapat mengalahkan mereka yang tinggi kerana mereka pandai melompat dengan tinggi. Selamat mencuba......:)

Friday, 13 July 2012

PERMAINAN JALA ITIK

 


Permainan Jala Itik

    Apakhabar semua...pernah tak main jala itik? Ha.... pada yang tak tahu bolehlah ajar anak murid main permainan ini. Senang sahaja.....
Minta 2 orang kanak-kanak membuat perangkap (jala) seperti gambar di atas. Sementara kawan-kawan yang lain berjalan dibawahnya sambil menyanyi lagu ini....

Jan-jan jala, jala itik , jala ayam,
Berapa lubang kancil ,
Seratus lima puluh ,
Singgah Cik Dayang singgah ,
Makan sirih mulutnya merah .

Selesai lagu ini, 2 orang kanak-kanak akan menjatuhkan tangan dan menangkap sesiapa yang berada di jala tersebut.  2 kanak-kanak akan memujuk dan minta kanak-kanak yang ditangkap  memilih hendak duduk dibelakang siapa. Apabila selesai kumpulan yang ramai kanak-kanak dibelakangnya dikira menang......Selamat mencuba......

Thursday, 12 July 2012

MAIN LASTIK

zaman kanak-kanak                                                    Lastik                                                       Buah terung rembang                                                                                                                                                             

Permainan Lastik

       Apakhabar semua, hari ini kita nak berkongsi pengalaman masa kecil-kecil dulu. Saya selalu ikut abang pergi main lastik tetapi kami tak melastik burung atau binatang yang lain. Kami akan melastik kotak rokok yang kosong ataupun tin susu kosong.












            Rajah A                                                                                      Rajah B     
___________________                         garisan mula                  ______________________






XXXXXXXXXX                                                                                                           X
                                                                                                                            XX
                                                                                                                          XXX
                                                                                                                        XXXX


Mula mula buat garisan di padang dengan kasut atau jika dipasir dengan kayu. Lepas tu kita susun 10 kotak rokok yang kosong mengikut jarak yang dikehendaki.  Boleh menyusunnya berbagai cara (seperti rajah A @ B)dan kanak-kanak bergilir-gilir melastiknya. Siapa yang dapat melastik bagi kena dan menjatuhkan kotak tersebut dengan banyak dikira pemenang.

Bagi menjaga keselamatan diri dan harta benda, kami menggunakan buah terung rembang agar tidak mencederakan apabila tersesat mengena kawan-kawan....he he he selamat mencuba.....

Monday, 9 July 2012

PERMAINAN TUTUP BOTOL


Langkah 1


Langkah 2

Apakhabar kawan-kawan, dulu budak-budak kreatifkan? Banyak cipta permainan dari benda-benda terbuang dan salah satunya penutup botol. Bukan apa, dulu-dulu nak dapatkan duit dari ibubapa susah, tak macam sekarang banyak permainan boleh dibeli dikedai-kedai. Ibubapa pula yang sayangkan anak memang tak sayang duit akan belikan permainan yang mereka minta.

Tetapi permainan ini tak payah nak beli, cuma cari 5 penutup botol setiap seorang dan bolehlah kita semua bermain......Caranya mudah sahaja:

1. mulakan langkah 2 bagi menentukan nombor giliran peserta dulu.

2. Lepas tu peserta yang pertama akan menyusun 5 biji tutup botol seperti di gambar. (Langkah 1) Peserta perlu tuju tutup botol di hujung tangan kiri (atas) dengan memetik tutup botol di lengan. (bawah)

3. Jika kena, peserta perlu membuat langkah 2 bagi mengutip mata untuk dikumpul. Letak 5 tutup botol di tapak tangan dan baling ke atas dan cuba menyambut sebanyak mungkin apabila ia jatuh ke belakang tapak tangan. Mata dikumpul mengikut jumlah tutup botol yang dapat disambut dibelakang tapak tangan.

4. Peserta yang kedua dan seterusnya perlu melakukan perkara yang sama.

5. Perlu diingati bahawa sewaktu langkah 1, tutup yang dituju tak kena peserta tidak boleh mengumpul point untuk langkah 2. Peserta yang seterusnya akan jalan pula.

6. Peserta yang dapat mengumpul mata paling banyak dikira juara.

Selamat mencuba...:)

Sunday, 8 July 2012

Permainan Enjit-enjit semut dan Pukul berapa Datuk Harimau

ENJIT-ENJIT SEMUT DAN PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU

Apakhabar kawan-kawan, disini saya ingin berkongsi beberapa permainan bagi dikongsi bersama anak-anak murid kita. Mungkin ada dikalangan kita yang telah lupa cara-cara permainan ini sebab dah lama meninggalkan alam kanak-kanak. Permainan ini memang menyeronokkan dan senang di pelajari. Kawan-kawan yang berminat untuk belajar cara-cara permainan ini bolehlah mencuba cara permainan ini nanti. Selamat mencuba dan bermain bersama anak-anak murid. Terima kasih :)

Clik Cara-caranya:


Gambar cara bermain enjit-enjit semut





Gambar cara bermain pukul berapa Datuk Harimau


 

Saturday, 7 July 2012

PERMAINAN BALING SELIPAR.



Apakhabar semua, kawan-kawan pernah dengar permainan baling selipar tak? Hah! bagi yang pernah dengar mesti tahu macam mana kita nak main permainan inikan?. Bagi yang tidak pernah dengar, senang sahaja nak memainkannya.

Mula-mula ambil 3 selipar dan susun menegak seperti ditunjukkan digambar. Buat garisan jauh sikit dari selipar tadi dan kawan-kawan boleh menggunakkan selipar yang lain untuk membaling dan menjatuhkannya. Kawan-kawan perlu membaling dari belakang garisan seorang demi seorang. Jikalau semua dapat menjatuhkannya jauhkan jarak garisan permulaan tadi dan mula membaling semula. (Ulang sehingga kita mendapat pemenang). Selamat mencuba kawan-kawan.....:)